fbpx

Dua kilang curi air lebih setahun digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KILANG berkenaan yang diserbu pihak berkuasa kerana disyaki mencuri air semalam.

KLANG – Kelicikan dua kilang kitar semula plastik di Pulau Indah dipercayai mencuri bekalan air terawat lebih setahun lalu terbongkar apabila digempur pihak berkuasa semalam.

Serbuan pukul 10 pagi dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor).

Pengarah Unit Penguatkuasaan SPAN, Ainal Yusman Mohamad Yusop berkata, hasil pemeriksaan mengesan sambungan haram paip jenis polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) berukuran 25 milimeter (mm) bagi kegunaan di premis berkenaan.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah mengakibatkan kerugian mencecah RM123,000 kepada Air Selangor.

“Tindakan pemotongan bekalan air dilakukan serta-merta dan semua paip itu dirampas untuk tindakan lanjut.

“Pemilik premis bertanggungjawab akan dipanggil bagi memberi keterangan dan berdepan tindakan undang-undang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI