fbpx

Bilal hadiah hari lahir terhebat Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA anggap Bilal hadiah terindah yang pernah hadir dalam hidupnya,

PETALING JAYA – Dikurniakan seorang cahaya mata merupakan hadiah terindah bagi semua wanita bergelar ibu. Perasaan yang dirasai selebriti terkenal Neelofa ketika ini ini.

Lebih istimewa, sempena ulang tahun kelahiran ke-33 hari ini, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, menyifatkan kelahiran cahaya mata sulungnya Muhammad Bilal sebagai hadiah hari jadi terhebat kurniaan Allah SWT kepadanya.

Menurut bekas Dewi Remaja 2009/2010 itu Bilal yang dilahirkan pada 31 Januari lalu itu sepatutnya dijadualkan lahir pada hari yang sama dengan tarikh kelahirannya iaitu 10 Februari.

“Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia tetapi aturan dan waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik.

“Bilal hadiah teristimewa buatku, menjadikanku seorang ibu,” katanya menerusi satu hantaran Instagram hari ini.

Isteri kepada pendakwah dan usahawan, Harris Ismail itu turut berdoa agar anak sulungnya menjadi seorang lelaki yang soleh apabila dewasa kelak.

“Semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah. Harta dunia akhirat abah dan ummi.

“Hadiah terindah, bukan hanya untuk saya tetapi juga teman sehati sejiwa, pak ustaz (Haris),” katanya lagi.

Sementara itu, Haris, 28, turut menitipkan ucapan istimewa pada hari ulang tahun kelahiran isteri tercinta.

“Selamat hari lahi zaujah (isteriku). Semoga Allah beri kebaikan nikmat dan pahala yg banyak atas pengorbanan sebagai ibu,” tulisnya ringkas dalam Instagram.

Sebagai info, Neelofa dan Haris diijabkabulkan dalam sebuah majlis di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021.

Pasangan popular tersebut dikurniakan Muhammad Bilal pada 31 Januari lalu yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI