fbpx

Ayam jantan berkokok tanda kehadiran Malaikat adalah benar – Zulkifli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Semua orang pasti pernah mendengar ayam jantan berkokok tidak kiralah sama ada pada waktu siang ataupun malam.

Namun tahukah anda bahawa setiap kali ayam jantan itu berkokok menandakan ia sedang melihat malaikat.

Perkara ini adalah sahih seperti yang dikongsi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Facebooknya hari ini.

Menurut Zulkifli ayam jantan berkokok disebabkan haiwan itu melihat malaikat adalah benar sebagaimana Rasulullah SAW menyebutnya di dalam hadith yang sahih.

Justeru katanya, kita digalakkan untuk berdoa kepada Allah SWT ketika kehadiran malaikat dengan harapan moga-moga Malaikat mengaminkan doa kita.

“Rasulullah SAW menjadikan bunyi kokok ayam jantan, sebagai tanda kebaikan, iaitu datangnya Malaikat dan kita dianjurkan berdoa.

“Hal ini menunjukkkan keistimewaan ayam jantan,” katanya.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, ayam jantan juga memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki binatang lain, iaitu ia mengetahui perubahan waktu di malam hari.

“Dia berkokok di waktu yang tepat dan tidak pernah ketinggalan. Dia berkokok sebelum subuh dan selepas subuh, ia tidak pernah tersalah waktu.

“Sama ada pada malamnya yang panjang atau yang singkat. Oleh sebab itu, sebahagian ulama’ Syafi’iyah memfatwakan untuk berpegang bahawa ayam jantan mujarab dalam menentukan waktu,”ujarnya.

Sehubungan itu kata Zulkifli, kita dianjurkan berdoa ketika ayam berkokok adalah mengharapkan ucapan amin dari Malaikat untuk doa kita dan permohonan ampun mereka kepada kita, serta persaksian mereka akan keikhlasan kita.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI