fbpx

Ambil manfaat PICK Kids untuk kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Zamani Amir (kiri) menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada mangsa banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang hari ini. - Foto oleh YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICK Kids) yang akan bermula Ahad ini di Kelantan merupakan perlindungan terbaik kepada anak-anak dalam melawan jangkitan tersebut selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Naib Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Kelantan, Tuan Zamani Amir Tuan Zakaria berkata, sebagai ibu bapa, mereka perlu mengambil tanggungjawab untuk menjaga masa depan anak-anak melalui pengambilan suntikan vaksin.

Menurutnya, semua vaksin yang disuntik sudah mendapat kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan ia terbukti berkesan dari segi saintifik.

“Sebagai contoh kita tidak tahu kesan jangkitan Covid-19 pada paru-paru anak-anak sama ada mereka terkena penyakit kencing manis, jantung dan darah tinggi. Hal ini kerana jangkitan ini masih baharu,” katanya ketika ditemui pemberita semasa hadir ke program Misi Bantuan Sukarelawan Kemanusian Mangsa Banjir Siri 2/2022 di Kampung Tersang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Zamani memberitahu, peluang mendapatkan vaksin itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kepentingan kesihatan anak-anak.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI