fbpx

6 peniaga Padang Kota Lama mengaku tidak bersalah bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Enam peniaga di Astaka Medan Renong, Padang Kota Lama dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengganggu ketenteraman awam dengan bergaduh awal bulan ini.

Tertuduh ialah Muhamad Ridzuan Rawther, 33, Rais Ahmad Mohamed Hussain, 38, Anwar Ibrahim Noorkan, 39, Jamil Kader Gani, 36, Mohamad Khrom Mohamad Salam, 32, dan Ridzuan Mohamad Salam, 30.

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan ‘gaduh-gempar’ mengganggu ketenteraman awam iaitu bergaduh antara satu sama lain di Kedai Astaka Medan Renong, Padang Kota Lama di sini kira-kira pukul 11.40 pagi pada 1 Februari lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Nazri Abdul Rahim, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Anil Singh Khera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI