fbpx

Wanita hamil ditinggal kekasih ketika hampir bernikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanda duduk di sebuah kerusi dengan memakai baju pengantin sambil menangis tanpa ditemani pengantin lelaki. – Istimewa

JAKARTA – Seorang wanita dari wilayah Nusa Tenggara Barat terpaksa berdepan episod memilukan dalam hidup apabila ditinggalkan teman lelakinya pada hari pernikahan mereka, lapor laman berita Detik semalam.

Lebih memalukan, wanita berkenaan mengaku dia sedang berbadan dua.

Berdasarkan sebuah video yang tular di media sosial, wanita tersebut dilihat sedang duduk di sebuah kerusi dengan memakai baju pengantin sambil menangis tanpa ditemani pengantin lelaki.

Menurut wanita tersebut yang dikenali sebagai Wanda, teman lelakinya memberikan alasan bahawa majlis pernikahan itu tidak seharusnya mempunyai tetamu.

“Katanya, dia hanya mahu bernikah secara sederhana dan tidak perlu ramai orang tahu,” ujar Wanda.

Menurut laporan, teman lelakinya melarikan diri ke Kota Mataram kerana enggan berkahwin dengan wanita berkenaan. Kedua-dua mereka dikatakan telah lama menjalinkan hubungan cinta.

“Dia berkata, dia enggan bernikah secara meriah kerana ingin mengejar impian menjadi tentera. Namun, permintaannya tidak dipersetujui keluarga saya.

“Dia juga pernah meminta agar pernikahan kami ditunda ke bulan April namun permintaan itu ditolak kerana saya telah hamil. Jika saya tidak berbadan dua, saya sanggup menantinya bertahun-tahun,” kata Wanda.

Wanita itu berkata, dia menyerahkan semua perkara kepada keluarganya untuk mengambil tindakan lanjut dan menggesa agar lelaki berkenaan bertanggungjawab atas perbuatannya.

Susulan insiden itu, keluarga Wanda telah membuat laporan polis dan sempat melakukan sekatan jalan raya bagi memburu teman lelakinya.

Polis Dompu mengesahkan pihaknya ada menerima laporan dan sedang menyiasat sama ada kejadian itu boleh disabitkan dengan jenayah atau tidak. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI