fbpx

Saintis temui dua asteroid termuda dalam sistem suria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ILUSTRASI oleh seorang artis ini menunjukkan sepasang asteroid yang dikenal pasti sebagai 2019 PR2 dan 2019 QR6. – Wion News

WASHINGTON – Ahli-ahli astronomi telah menemui sepasang asteroid paling muda yang pernah ditemui dalam sistem suria, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Kedua-dua asteroid tersebut memiliki ciri yang sukar untuk dijelaskan berikutan usia mudanya selepas terpisah daripada jasad induk pada 300 tahun lalu.

“Kedua-dua asteroid tidak menunjukkan tanda-tanda aktiviti komet. Justeru, masih menjadi misteri bagaimana objek tersebut boleh terpisah daripada objek induk dan menjadi dua objek aktif dan seterusnya menjadi tidak aktif hari ini dalam tempoh hanya 300 tahun,’’ jelas ahli astronomi Balai Cerap Lowell, Nicholas Moskovitz.

Penemuan tersebut diterbitkan dalam penerbitan Monthly Notices of the Royal Astronomical Society.

“Terima kasih pada cerapan yang dilakukan oleh Teleskop Penemuan Lowell(LDT) di utara Arizona. Jelas bahawa asteroid 2019 PR2 dan 2019 QR6 berasal daripada induk yang sama kerana memiliki ketinggian orbit yang sama,’’ demikian menurut ahli astronomi Institut Astronomi Akademi Sains Czech, Petr Fatka.

Walaupun asteroid lebih besar mempunyai diameter sekitar 1 kilometer dan asteroid lebih kecil separuh ukuran tersebut, kedua-duanya mengelilingi Matahari pada orbit yang sama.

Kebanyakan asteroid dalam sistem suria berada di kawasan antara orbit Marikh dan Musytari yang dikenali sebagai lingkaran utama asteroid.

Saintis-saintis turut mengenal pasti asteroid tambahan yang dikenali sebagai Asteroid Dekat  Bumi (NEAs) yang memiliki orbit menghampiri persekitaran Bumi.

“Sangat mengujakan untuk mencari sepasang asteroid muda yang terbentuk kira-kira 300 tahun yang lalu dalam skala masa astronomi,’’ kata Fatka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI