fbpx

Remaja perempuan bunuh bayi dakwa diperkosa rakan sekampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis melakukan siasatan kes pembunuhan bayi baru lahir di sebuah rumah di Kemaman, Terengganu semalam.

KEMAMAN – Remaja perempuan berusia 15 tahun yang disyaki membunuh bayi lelaki baru dilahirkannya semalam mendakwa diperkosa rakan lelaki sekampungnya pada tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, laporan polis berhubung kes rogol itu telah dibuat remaja perempuan terbabit pada semalam.

“Berdasarkan soal siasat awal, suspek mendakwa mengenali lelaki berusia 20-an yang juga rakan sekampungnya sebelum dirogol pada tahun lalu.

“Kita sedang memburu lelaki tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman membenarkan remaja perempuan itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga Selasa depan.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui mati dengan kesan luka di bahagian dada kiri dipercayai ditikam ibunya.

Remaja perempuan terbabit dipercayai berada bersendirian di rumahnya di daerah ini sewaktu bersalin. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI