fbpx

Ratusan pelawat terkandas di Gua Naga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAWAT terkandas di atas gunung menuju ke Gua Naga pada Sabtu lepas. - FACEBOOK

BANGKOK – Beratus-ratus pelancong Thailand terkandas di atas sebuah gunung selepas mereka melawat Gua Naga di Taman Negara Phu Langka dalam wilayah Bueng Khan, lapor portal berita The Thaiger kelmarin.

Gua itu dikenali kerana mempunyai tanda seperti sisik gergasi dan bentuknya yang menyerupai ular naga. Rakyat Thai percaya gua tersebut adalah tempat suci untuk menyatakan hajat terutamanya untuk mendapatkan nombor loteri bertuah.

Bagaimanapun, pada Sabtu lepas iaitu 5 Februari yang dianggap tarikh keramat oleh ramai rakyat Thailand kerana percaya hajat mereka akan dikabulkan, begitu ramai orang melawat Gua Naga sehinggakan ramai juga terkandas di atas gunung berkenaan sambil menunggu giliran untuk turun.

Bilangan pelawat dilaporkan melebihi had dan ramai yang membuat aduan kepada pihak berkuasa wilayah berhubung isu tersebut.

Seorang pemberita Thai yang berada di lokasi tersebut pada Sabtu lepas berkata, orang ramai masih turun dari gunung itu pada pukul 9 malam (waktu tempatan). Seorang pelawat berkata, mereka mendaki laluan ke Gua Naga pada pukul 7.30 pagi, mula berjalan turun pukul 3 petang tetapi sampai ke bawah hampir pukul 9 malam.

Laporan media tempatan menyatakan bahawa lebih 500 pelawat berada di gua tersebut pada waktu malam, manakala seorang pemandu arah memberitahu, jumlah tersebut adalah sekitar 1,000 orang. 

Ramai pelancong berkata, tiada had jumlah pelawat ditetapkan dan hanya satu laluan untuk pejalan kaki. Situasi itu menyebabkan kesesakan kerana ramai pelawat terdiri daripada warga tua.

Sementara itu, Gabenor Bueng Kan, Sanit Kaosa-ard memberitahu media tempatan bahawa beliau telah meminta pegawai-pegawai Taman Negara Phu Langka untuk menguruskan semula aspek lawatan bagi mengelak situasi sama daripada berulang. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI