JOHOR BAHRU – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac depan.
Pembahagian kerusi itu diputuskan pada rundingan rasmi PRN Johor antara Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Muda yang telah mencapai kesepakatan.
Menurut kenyataan bersama itu, Muda akan bertanding di kerusi DUN Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.
“Rundingan rasmi ini telah bersetuju dengan tiga matlamat utama antaranya memastikan tidak ada pertindihan kerusi antara calon Amanah, DAP dan Muda di setiap kawasan.
“Keduanya, kita bersetuju menumpukan usaha dan tenaga kerja jentera Amanah, DAP dan Muda untuk memenangi setiap calon serta bersama-sama menubuhkan kerajaan Negeri demi membantu rakyat mencapai impian mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K! ONLINE