fbpx

Pondok usang jadi stor simpanan rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PPM Wilayah Dua menemui sejumlah rokok seludup yang disorok di sebuah pondok usang dalam ladang kelapa sawit Sri Pantai, Mersing, Johor semalam.

MERSING – Satu sindiket penyeludupan dikesan menjadikan pondok usang di dalam ladang kelapa sawit di Sri Pantai di sini sebagai tempat penyimpanan rokok seludup.

Tindakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa itu bagaimanapun terbongkar susulan intipan dan risikan dijalankan Pasukan Polis Marin Wilayah (PPM) Dua.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah berkata, pihaknya yang membuat pemantauan di kawasan persisiran pantai daerah Mersing menerima maklumat berhubung aktiviti penyeludupan kira-kira pukul 6.45 petang, semalam.

Katanya, sebuah kenderaan awam dikesan memasuki ke kawasan ladang sawit di Sri Pantai Mersing dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota risik PPM Wilayah Dua, Mersing telah pergi ke lokasi yang dinyatakan, tetapi tidak menemui sebarang kenderaan namun telah menjumpai sejumlah kotak dan rokok yang dipercayai tidak bercukai kastam yang diletakkan di sebuah pondok usang.

“Tiada individu yang datang mengambil rokok berkenaan setelah intipan dijalankan selama satu jam setengah oleh anggota PPM tersebut,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhd. Zailani berkata, pihaknya merampas rokok yang dipercayai tidak bercukai Kastam tersebut dan dibawa ke Pejabat PPM Wilayah Dua, Mersing.

Ujarnya, anggara kasar nilai rampasan rokok termasuk cukai berjumlah RM20,400 dan rampasan diserahkan kepada Pengawai Penyiasat BSJD Mersing untuk tindakan selanjutnya.

Kes akan disiasat Dibawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI