PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan agar Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.
Menerusi ciapan di Twitter, beliau berkata: “Didoakan agar Allah SWT memberi kesembuhan dan melindungi YB Tan Sri sekeluarga.”
Muhyiddin hari ini mengesahkan bahawa dirinya positif Covid-19 setelah beliau melakukan ujian ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).
Menurutnya, dirinya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik.
“Mengikut protokol Kementerian Kesihatan (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah.
“Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM.
“Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,” katanya hari ini. – K! ONLINE.