JELITAWAN Indonesia, Pevita Pearce tidak boleh melupakan perasaan takut saat berdepan gangguan mistik gara-gara tidur pada waktu maghrib.
Bintang filem Sri Asih itu mendakwa telah didatangi mimpi aneh dan tidak masuk akal ketika tertidur pada waktu maghrib sehingga membuatkan dirinya berasa bingung.
“Mimpi saya itu terasa seperti nyata sehingga membuatkan saya tertanya-tanya sama ada jika mimpi tersebut benar-benar berlaku.
“Dalam mimpi tersebut, saya seperti keluar daripada tubuh sendiri dan melayang (roh). Bahkan saya cuba untuk memanggil pembantu rumah (dalam mimpi) untuk membangunkan saya tetapi tidak boleh,” katanya.
Dalam mimpinya, pelakon berusia 30 tahun itu melihat tubuh seperti sedang tidur lena, namun melayang-layang di udara.
“Selepas mengalami mimpi aneh itu, saya tidak lagi berani untuk tidur pada waktu maghrib. Saya menjadi sangat takut,” katanya.