fbpx

Muhyiddin positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin Yassin.

PUTRAJAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan dirinya positif Covid-19 setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau memaklumkan bahawa dirinya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik.

“Mengikut protokol Kementerian Kesihatan (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM.

“Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI