fbpx

JPN minta ibu bapa terus lapor jika guru langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rais (tengah) pada sidang akhbar selepas merasmikan Akademi Ragbi Melaka di Ayer Keroh, hari ini.

MELAKA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) meminta ibu bapa yang mempunyai maklumat mengenai sebarang ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) membabitkan para guru di sekolah untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berwajib.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Teknologi Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, adalah menjadi satu kesalahan yang serius sekiranya ada guru yang dikesan melanggar SOP termasuk tidak memakai pelitup muka semasa mengajar.

Katanya, bagaimanapun perkara itu perlulah dimaklumkan kepada pihak berwajib supaya siasatan dan tindakan lanjut dapat diambil, terutama bagi mencegah penularan wabak Covid-19 dalam kluster pendidikan.

“Sekiranya ada ibu bapa yang mengesan terdapat guru melanggar SOP tidak memakai pelitup muka semasa sesi persekolahan, saya harap perkara itu dilaporkan kepada pihak berwajib.

“Bagaimanapun, saya yakin sekiranya ada pun kejadian begitu, ia adalah kes terpencil dan di bawah pengetahuan pihak kami,” katanya pada majlis perasmian Akademi Ragbi Melaka di Ayer Keroh di sini, hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI