PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan beberapa kawasan di negeri Pahang dan Johor.
Menerusi laporan cuacanya di YouTube, MetMalaysia masih mengekalkan amaran cuaca peringkat waspada bagi daerah Kuantan, Pekan, Rompin di negeri Pahang manakala di Johor pula melibatkan Mersing dan Kota Tinggi.
“Hujan lebat dan ribut petir turut berlaku di kawasan Selangor, Negeri Sembilan, pedalaman negeri Kelantan dan bahagian utara yang dijangka berterusan sehingga malam ini.
“Sementara itu, cuaca yang sama turut dijangka berterusan di Sabah dan Sarawak sehingga lewat malam ini,” ujarnya. – K! ONLINE