fbpx

Hubungi FAM, bukan cari publisiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN (enam dari kanan) bersama Izham (lima dari kiri) bergambar dengan pesawat Airbus 330-300 Harimau Malaya pada majlis pelancaran rasmi Livery Pesawat Airbus 330-300 Harimau Malaya di MAB Engineering Complex, KLIA, Sepang semalam. – FAISOL MUSTAFA

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menyeru agar mana-mana pihak yang mahu menjalinkan kerjasama terus berhubung dengan badan induk bola sepak negara berbanding mencari ‘publisiti’ dengan pihak media.

Sebelum ini terdapat laporan pemilik kelab Liga Premier, Kelantan FC, Norizam Tukiman berminat untuk bekerjasama dengan FAM bagi menyediakan video bantuan pengadil (VAR) pada kempen Liga Malaysia (Liga M).

Hamidin menegaskan, jika ada sesiapa yang berminat untuk melakukan kerjasama boleh terus menghubungi pihak FAM secara langsung.

“Kalau dia (Norizam) serius untuk melakukan kerjasama, boleh hubungi saya atau barisan Exco (Ahli Jawatankuasa Eksekutif) yang lain dan bukannya sekadar bercakap dengan pihak media,” katanya.

Hamidin ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran rasmi Livery Pesawat Airbus 330-300 Harimau Malaya di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Sepang semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAB, Kapten Izham Ismail, Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram.

Sementara itu, mengulas me­ngenai acara itu, Hamidin percaya jalinan kerjasama FAM dan Malaysia Airlines cukup simbolik sejak ‘ikatan pertama’ dibuat bermula tahun 2019.

“Skuad Harimau Malaya te­lah menggunakan pesawat khas daripada Malaysia Airlines pada tugasan antarabangsa tahun lalu dan kami tidak sabar untuk menikmati fasiliti serta hospitaliti yang diberikan pada aksi kelayakan Piala Asia 2023, Jun depan,” katanya.

Skuad bawah 23 negara (B-23) bakal menaiki pesawat khas itu pada penerbangan ke Phnom Penh, Kemboja pada Jumaat ini sempena aksi Piala AFF B-23 yang akan bermula minggu depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI