fbpx

Dua anak OKU perlu bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Intan Maszura melayani anak bongsunya yang merupakan OKU terlantar ketika ditemui di rumah sewa mereka di Taman Sentosa.

TAMPIN – “Saya bukan jenis meminta tetapi keadaan hidup ketika ini mendesak saya meluahkan perasaan.

“Saya perlu jaga dua anak orang kelainan upaya (OKU) dalam keadaan tertekan kerana suami tiada kerja tetap akibat Covid-19,” luah Intan Mazura Nordin, 40, ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya lagi, walaupun begitu, dia tetap menjaga amanah untuk membesarkan dua anak istimewanya itu bersama suaminya, Mohd. Azizi Zakaria, 43.

Katanya, suaminya baru sahaja mendapat kerja dua ­minggu lalu selepas beberapa kali dibuang dan diberhentikan sebelum, ketika dan selepas pandemik Covid-19 melanda negara.

“Suami diberhentikan kerana adakalanya dia perlu mengambil cuti beberapa kali sebulan untuk menghantar anak, Muhammad Hairie Haikanl, 13, dan Nurul Aleaya Aqiela, 15, mendapatkan rawatan susulan di Hospital Segamat.

“Muhammad Hairie menghidap penyakit celebral palsy, manakala Aleaya Aqiela pula ada sakit autisme,” katanya ketika ditemui di Taman Sentosa di sini kelmarin.

Tambahnya, suaminya sukar mendapat kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan dan kea­daan bertambah buruk apabila dia dan Aleaya disahkan positif Covid-19 pada Mei tahun lalu.

Menurut Intan Mazura, kea­daan itu menyebabkan mereka perlu dikuarantin hampir sebulan hingga suaminya hilang pekerjaan.

“Mujur ketika itu ada pemberian kotak makanan. Saya bukan jenis meminta-minta, namun keadaan memaksa saya meluahkan beban perasaan yang kami alami,” katanya.

Ujar Intan Mazura, dia buntu untuk mendapatkan wang bagi kos ulang alik ke Hospital Segamat dan membayar sewa rumah RM280 sebulan yang sudah tertunggak selama dua bulan.

“Kami berjimat menggunakan duit bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi meneruskan kehidupan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun Maybank Intan Maszura 155078501263 atau menghubunginya di talian 011-2782 0302.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN