fbpx

CBP sasar aset lebih RM7 bilion, tambah cawangan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Zazali Haron (depan dua kiri) dan Pengerusi Co-op Bank Pertama, Datuk Baharom Embi (depan tengah) bergambar bersama anggota lembaga pengurusan CBP pada Majlis Ikrar dan Pengukuhan Intergriti Anggota Lembaga Pengurusan dan Warga Kerja Co-op Bank Pertama di Hotel Zenith, Putrajaya hari ini.- GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

oPUTRAJAYA – Optimis dengan trend ekonomi positif tahun ini, Co-opbank Pertama (CBP) berhasrat memperluaskan pelbagai produk selain menambah sehingga 10 cawangan baharu.

Keyakinan itu disuarakan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairil Anuar Mohamad Anuar yang juga menyasarkan aset keseluruhan koperasi premier ini melebihi RM7 bilion sepanjang 2022.

“Kami gembira dengan prospek pertumbuhan semasa tahun ini dan berdasarkan prestasi tahun lalu, aset kami mampu melepasi RM6.1 bilion di sebalik pelbagai isu kekangan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengetuai Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah CBP disertai 60 pegawai kanan dan disaksikan di hadapan Pengerusinya, Datuk Baharom Embi di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Zazali Haron dan juga wakil dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Ahmad. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI