fbpx

Bukan mayat tapi patung lilin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patung lilin yang didakwa mayat ditemui orang ramai.

SHAH ALAM – Satu bungkusan yang tular didakwa menyerupai mayat manusia ditemui di belakang sebuah bengkel di Seksyen 27 di sini, semalam sebenarnya adalah patung.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bungkusan tersebut ditemui kira-kira pukul 3 petang oleh petugas Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Waste Management Sdn. Bhd.

“Hasil pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mendapati bungkusan tersebut hanyalah berisi patung lilin berbentuk perempuan yang dibalut dengan kain selimut dan plastik.

“Kes didiklasifikasikan No Offence Disclosed (NOD) memandangkan tiada sebarang kesalahan jenayah di dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Baharudin menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung gambar tersebut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI