fbpx

Bayern kehilangan khidmat Neuer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEUER terpaksa berehat untuk tempoh beberapa minggu selepas menjalani pembedahan pada lutut kanannya. – AFP

MUNICH – Ketua pasukan Ba­yern Munich, Manuel Neuer terpaksa diketepikan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam ming­gu selepas menjalani pembedahan lutut.

Pemain berusia 35 tahun itu berjaya membantu pasukannya menewaskan RB Leipzig 3-2 pada aksi Bundesliga Sabtu lalu sebelum membuat keputusan untuk menjalani pembedahan tersebut.

Menurut laporan, pembedahan tersebut bukanlah disebabkan kecederaan yang dialami Neuer pada perlawanan tersebut, sebaliknya ia sudahlah lama dirancang dan hanya menunggu masa yang sesuai.

Sejak kebelakangan ini, Neuer terpaksa beberapa kali dilepaskan daripada sesi latihan untuk mengurangkan beban ekoran kecederaan lutut yang sudah lama dihadapinya bagi memastikan dia dalam keadaan cergas dan mengelak risiko kecederaan lebih teruk.

“Manuel Neuer selamat menjalani pembedahan lutut kanannya pada Ahad lalu. Oleh itu, FB Bayern akan beraksi tanpa ketua pasukannya dalam tempoh beberapa minggu akan datang,” menurut kenyataan yang dikeluar­kan oleh kelab ber­kenaan.

Dalam pada itu, Neuer turut memuat naik gambarnya yang sedang berada di atas katil hospital di laman sosial miliknya.

“Saya menjalani pembedahan kecil pada lutut kanan. Segalanya berjalan dengan baik dan saya akan memulakan proses pemulihan dalam masa terdekat.

“Saya akan kembali ke padang latihan dalam tempoh beberapa minggu lagi,” tulisnya.

Situasi itu menyaksikan Neuer akan terlepas aksi pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara menentang RB Salzburg, selain perlawanan domestik pada sai­ngan Bundesliga menentang Eintracht Frankfurt dan Bayer Le­verkusen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI