fbpx

Bayaran balik PTPTN melalui tiga e-wallet berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini memaklumkan semua peminjam PTPTN akan mendapat ganjaran sekiranya membuat bayaran balik pinjaman menerusi aplikasi ShopeePay, BESTPay dan SPayGlobal (SarawakPay).

PTPTN dalam satu kenyataan hari ini berkata, inisiatif itu sebahagian daripada Kempen Click, Pay & Earn 2022 bagi menggalakkan dan memudahkan peminjam membuat bayaran balik pinjaman secara online melalui saluran yang telah disediakan.

“Peminjam PTPTN hanya perlu membuat bayaran balik dengan nilai minimum mengikut tiga saluran terbabit untuk melayakkan peminjam mendapat ganjaran yang ditawarkan bermula 8 Februari sehingga 30 April ini.

“Antara contoh ganjaran, ShopeePay akan memberi baucar diskaun RM5 kepada 30 pengguna aplikasi Shopee terawal setiap hari bagi bayaran pinjaman minimum RM100 dalam satu transaksi.

“Selain itu, BESTPay menawarkan lima kredit percuma kepada 30 pengguna terawal yang membuat bayaran balik pinjaman semasa slot BESTPay satu jam Happy Hour, berlangsung secara rawak antara jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari,” ujarnya.

Jelas PTPTN, hasil kerjasama dengan SarawakPay, pemberian baucar RM2 turut akan diberikan kepada 100 pengguna terawal setiap bulan bagi bayaran balik pinjaman minimum RM10 melalui satu transaksi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI