fbpx

Aruwin tekad meluncur lebih bagus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARUWIN gagal menamatkan saingan Run 1 selepas terjatuh ketika pertandingan acara slalom wanita di Pusat Ski Alpine Kebangsaan Yanging, Beijing semalam. – AFP

PELUNCUR alpine ski negara, Aruwin Salehhuddin gembira dengan prestasinya biarpun mengakui ada melakukan beberapa kesilapan ketika membuat debut pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, China.

Aruwin, 17, muncul atlet wa­nita pertama beraksi di Sukan Olimpik Musim Sejuk selepas menamatkan saingannya dengan sempurna dalam acara giant slalom di Pusat Ski Alpine Nasional Yanqing kelmarin.

Biarpun tidak menaiki podium, tetapi menduduki tempat ke-38 daripada keseluruhan 82 peserta dilihat sebagai satu pencapaian memberangsangkan buat Malaysia yang bukannya sebuah negara bersalji.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan prestasi dan keputusan saya kerana venue ini sangat sukar.

“Namun, saya masih boleh belajar daripada kesilapan yang saya lakukan pada beberapa sektor dalam dua pusingan hari ini (kelmarin),” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Atlet yang berpangkalan di Colorado, Amerika Syarikat itu melakukan catatan satu minit 6.13 saat (s) pada pusingan pertama untuk layak ke pusingan akhir yang menyaksikan dia mencatat masa 1:06.15s.

Aruwin yang mendapat bim­bingan jurulatih Croatia, Mladen Bezjak sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memberikan persembahan yang lebih baik dalam acara terakhirnya, slalom hari ini.

“Perancangan saya untuk acara slalom sama seperti giant slalom. Saya akan lakukan latihan ringan dan meluncur bebas di venue pertandingan pagi esok (hari ini).

“Saya sudah tidak sabar dan berharap dapat meluncur pada tahap terbaik atau mungkin lebih bagus daripada yang saya lakukan hari ini (kelmarin),” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI