fbpx

Aliff Aziz, Bella Astillah tunai umrah buat kali pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF dan Bella selamat berangkat ke tanah suci menunaikan umrah hari ini.

PETALING JAYA – Sebagaimana impian semua umat Islam, hasrat penyanyi Aliff Aziz untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci akan tercapai apabila berangkat menunaikan umrah buat kali pertama bersama isteri tercinta, Bella Astillah hari ini.

Berkongsi perkara tersebut dalam media sosialnya, juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu memohon agar segala urusan umrahnyq dipermudahkan.

“Alhamdulillah hari ini saya dan keluarga berangkat untuk menunaikan umrah buat kali pertama.

“Mohon semua doakan semoga kami selamat pergi dan kembali,” katanya dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Difahamkan, perjalanan umrah pasangan itu turut disertai ibu dan bapa Bella.

Dalam pada itu, Aliff yang terkenal menerusi lagu Sayang Sayang itu turut memohon kemaafan sekiranya pernah melukakan hati mana-mana pihak.

“Kepada semua yang pernah tergores hati dengan apa sahaja perbuatan saya, mohon dimaafkan ya.

“Semoga perjalanan ini dilindungi dan dirahmati Allah SWT dan menjadi asbab kebaikan kita semua, insya-Allah,” katanya lagi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kerajaan memutuskan memberi kebenaran menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah bermula 8 Februari depan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri memberitahu kerajaan tidak melanjutkan pengangguhan sementara ibadah umrah yang berkuat kuasa 8 Januari lalu susulan penularan jangkitan Omicron. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI