PUTRAJAYA – Jangkitan harian Covid-19 terus meningkat mencecah 17,134 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,956,332 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 86 kes (0.5 peratus) kategori tiga, empat dan lima manakala, 17,048 kes (99.5 peratus) kategori satu dan dua.
Menerusi maklumat yang dikongsikan oleh beliau pada Twitter, pecahan bagi kes hari ini melibatkan kategori satu iaitu 4,722 kes (27.56 peratus) dan kategori dua 12,326 kes (71.94 peratus).
Seterusnya, kategori tiga dengan 58 kes (0.34 peratus), kategori empat 24 kes (0.14 peratus) serta kategori lima dengan empat kes (0.02 peratus). -K!ONLINE