BOGOTA – Seramai 14 disahkan maut manakala 35 lagi tercedera dalam insiden tanah runtuh di barat Columbia, lapor Polish News, hari ini.
“Terdapat 14 orang maut, antaranya dua kanak-kanak bawah umur, dan lebih 30 orang cedera dengan ada di antara mereka berada dalam keadaan kritikal,” kata Setiausaha Kerajaan Pereira, Alvaro Arias.
Pegawai itu juga berkata terdapat beberapa orang masih hilang akibat tanah runtuh yang berlaku awal pagi Selasa (waktu tempatan).
Gabenor Risaralda, Victor Manuel Tamayo menjelaskan bahawa hujan lebat sejak beberapa hari lepas menyebabkan tanah runtuh serta memusnahkan rumah di sepanjang laluannya.
“Proses pemindahan dan penempatan semula mesti dijalankan dengan segera kerana risiko kejadian ini berulang adalah tinggi,” kata Tamayo. – Agensi