fbpx

Yoon Bomi nak jadi Apink sampai tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOON BOMI

BAGI peminat setia Apink pasti mengetahui tentang perancangan terkini kumpulan itu yang dikhabarkan akan membuat kemunculan semula pada 14 Februari ini.

Kemunculan mereka disertakan dengan pelancaran album terbaharu berjudul Horn. Kali terakhir Apink hadir dengan album baharu adalah pada 2020 (Look).

Ditanya tentang persiapan, seorang anggotanya iaitu Yoon Bomi yang muncul dalam temu bual bersama majalah The Star baru-baru ini berkongsi cerita.

“Dalam pada mengubah konsep sedia ada Apink, kami juga memberi fokus terhadap cara untuk mendekati peminat tanpa ada bebanan. Paling penting, kami harap peminat suka,” ujarnya ringkas.

Masih bertahan sehingga kini sejak memulakan debut pada April 2011, Bomi ditebak tentang keberadaannya dalam industri menjelang 10 tahun akan datang.

Tanpa berselindung, penyanyi itu mengakui bahawa tetap mahu menjadi anggota Apink walaupun telah lanjut usia kelak.

“Hayoung dan saya selalu bercakap mahu menjadi anggota Apink walaupun kami sudah ada anak atau tua kelak.

“Dalam 10 tahun nanti, rasanya saya akan jalankan aktiviti sebagai anggota Apink diselang-seli dengan giliran menjaga anak,” ujarnya ketawa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI