fbpx

Warga emas tular mengemis di Rembau akan dipantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan seorang lelaki warga emas yang ditularkan di media sosial komuniti setempat telah diambil tindakan oleh pihak JKM. /FOTO IHSAN MEDIA SOSIAL

REMBAU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan seorang lelaki warga emas yang tular di laman Facebook komuniti setempat sedang mengemis di Pekan Rembau, sejak kelmarin.

Pengarah JKM Negeri Sembilan, Rosnah Sardi berkata, Unit Penguatkuasaan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Rembau telah turun padang ke lokasi tular berkenaan semalam namun gagal menemui warga emas tersebut dan membuat tindakan susulan menyiasat tempat tinggalnya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 68 tahun tersebut berasal dari daerah ini bukanlah dikategorikan sebagai gelandangan kerana mempunyai kediaman dan mempunyai ahli saudaranya berusia 30 tahun bekerja sebagai juruteknik yang masih menetap bersama.

“Disebabkan faktor usia, warga emas berkenaan mengalami masalah pendengaran dan menyebabkan kesukaran untuk pihak JKM mendapatkan maklumat lanjut terutamanya mengenai sebab utama warga emas berkenaan merayau-rayau seperti gelandangan.

“JKM telah menjelaskan bahawa aktiviti mengemis adalah salah di sisi undang-undang serta menasihatkan warga emas dan ahli keluarga untuk memantau keadaan lelaki tersebut supaya tidak merayau-rayau dan mengemis lagi,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Rosnah berkata, hasil semakan di dalam sistem eBantuan JKM mendapati warga emas berkenaan merupakan penerima bantuan skim Bantuan Am sebanyak RM250 daripada JKM Daerah Rembau.

Terdahulu, tular satu hantaran membabitkan pertanyaan individu mengenai lelaki warga emas berkenaan yang kelihatan dalam keadaan muram dan sedih duduk di atas simen di sekitar Pekan Rembau bersama beg pakaian. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI