fbpx

UTM komited laksana APEL.Q galakkan PSH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Shatar pada Sesi Jelajah MQA @ Zon Selatan yang dihadiri 100 peserta dari 40 IPT sekitar Johor baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) komited untuk menjadi Pusat Penilaian Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) bagi tujuan penganugerahan kelayakan akademik (APEL.Q).

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, inisiatif UTM itu akan memperluas akses dalam kalangan masyarakat di Selatan tanah air untuk meningkatkan kelayakan akademik masing-masing.

Beliau berkata, usaha UTM itu selaras dengan inisiatif pendidikan fleksibel yang diuar-uarkan dan diusahakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), selain menyemarakkan lagi agenda pembelajaran sepanjang hayat (PSH) seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global.

“MQA akan sentiasa beri sokongan, khidmat rundingan dan panduan kepada IPT untuk melaksanakan APEL.Q dan pasaran untuk APEL ini sangat besar kerana kira-kira 60 peratus tenaga kerja di Malaysia layak untuk mengikutinya.

“APEL.Q ialah pengiktirafan kelayakan akademik kepada individu yang pengalamannya dinilai menerusi empat peringkat sebagai memenuhi hasil pembelajaran sesuatu program berakreditasi penuh ditawarkan oleh IPT tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi perkongsian pada Sesi Jelajah MQA @ Zon Selatan yang dihadiri 100 warga dari 40 IPT dari sekitar Johor, di sini baru-baru ini.

Sesi jelajah itu menjadi antara program berfokus MQA untuk bertukar pandangan secara terus dengan pihak IPT dalam konteks jaminan kualiti pengajian tinggi di samping mempromosi inisiatif PSH seperti APEL.A, APEL.C, APEL.Q dan Micro-Credentials serta menggalakkan lebih banyak IPT menjadi Pusat Penilaian APEL.

Sementara itu, Ahmad Fauzi berkata, pihaknya berbesar hati dengan kedatangan delegasi MQA ke UTM kerana menjadi pemudah cara untuk pelaksanaan APEL. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI