fbpx

Tiga komponen atasi banjir di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bina empangan dan sistem saliran antara tiga komponen dalam atasi banjir di Selangor. - GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Tiga komponen penting dikenal pasti yang perlu dilaksanakan bersama sebagai langkah penyelesaian banjir di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim berkata, ini melibatkan pembinaan empangan besar, tasik dan kolam takungan air; kewujudan sistem saliran seperti sungai, parit, longkang dan terowong.

Selain itu, katanya, adalah kaedah pelepasan sama ada di tasik atau laut yang kesemuanya akan dibentangkan dalam pemukiman kerajaan negeri bersama Menteri Besar yang akan diadakan di Pulau Langkawi pada 23 Februari lalu.

“Kita ada berhubung dengan pakar terowong bawah tanah dan sebagainya untuk melihat teknologi terbaharu dalam pengurusan banjir agar tidak ketinggalan dalam melihat penyelesaian menyeluruh isu pengurusan sumber air dan banjir.

“Semua akan dibentangkan dalam pemukiman itu selain pelaburan. Apa yang penting adalah kos kerana terlalu tinggi sebab ini bukan kerja sehari dua, tetapi untuk jangka panjang dan memang melibatkan dana yang besar,” katanya di sini.

Terdahulu beliau menyerahkan sumbangan kepada kakitangan jabatan dan agensi di bawah Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, hari ini.

Izham turut memberitahu, pemukiman tersebut turut melibatkan pelbagai jabatan dan agensi termasuk syarikat swasta yang berkaitan dengan cadangan pengurusan banjir selain exco kerajaan negeri.

Ini termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Landasan Lumayan Sdn Bhd sebab menguruskan Sungai Klang.

“Ini harus diuruskan secara bersepadu dan membawa cadangan daripada semua sudut dan tidak boleh berasingan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI