fbpx

Tiada sebab keluar Bersatu jika berpegang prinsip parti tolak kleptokrasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal ketika hadir Majlis Penyerahan Siap Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) di Bandar Penawar, Kota Tinggi, hari ini.

KOTA TINGGI – Tiada pemimpin atau ahli keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melainkan ‘tergoda’ dengan tawaran lebih-lebih lagi menjelang pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata tiada sebab untuk keluar dari parti itu selagi mereka terus berpegang dengan prinsip dan perjuangan parti yang menolak kleptokrasi, rasuah serta salah guna kuasa.

“Kita yakin mereka yang tetap pendirian dan yakin dengan perjuangan Bersatu yang tolak kemungkaran, tentang puak yang telah salah guna kuasa satu ketika dahulu, tentu akan bertahan.

“Tetapi jika ada yang tergoda dan (ada ditawarkan) jajaran baharu, wallahuallam. Terpulang, tapi saya yakin sebahagian besar rakyat, kita semuanya tolak kemungkaran, kleptokrasi dan salah guna kuasa.

“Itu yang kami sedang laksanakan dan teruskan perjuangkan dengan cara kami, semoga Allah beri petunjuk dan hidayah,”katanya ketika mengulas khabar angin empat ketua bahagian Bersatu di negeri ini akan mengumumkan keluar parti dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut berkenaan tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan beberapa cawangan Bersatu yang keluar parti baru-baru ini, Ahmad Faizal berkata tindakan tersebut tidak terlalu menjejaskan atau memberi kesan terhadap Bersatu pada PRN Johor.

Katanya, dua ADUN yang keluar Bersatu semasa berada dalam parti, tidak banyak menyumbang dan ada yang tidak berjaya membuka cawangan di kawasan masing-masing.

Beliau juga memberitahu, mesyuarat cawangan Bersatu tidak mudah diadakan kerana tidak cukup korum dan situasi itu turut dihadapi parti lain.

Jelasnya, orang ramai lebih faham apa yang diperjuangkan Bersatu dan percaya mereka akan bersama-sama parti yang tidak menodai janji.

“Ada yang mengatakan perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair di bibir tetapi kelakuan seharian (pemimpin) semasa berkuasa berbeza. Rakyat faham perkara ini dan mereka bukan bodoh,” katanya.

Bekas ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan bekas ADUN Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad mengumumkan keluar Bersatu serta merta pada 27 dan 29 Januari lalu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi parti itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI