fbpx

PRN Johor: Beri peluang berkempen dengan SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

PUTRAJAYA – Kerajaan diharap dapat memberi kelonggaran berhubung prosedur operasi standard (SOP) untuk pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu bagi memberi peluang kepada mereka yang terlibat untuk berkempen tetapi mengikut peraturan ditetapkan.

“Mengharapkan supaya ada kelonggaran untuk membolehkan sistem demokrasi dijalankan lebih telus dan mereka yang terlibat dalam pilihan raya diberi peluang berkempen tetapi ada batas tertentu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) mempengerusikan mesyuarat tersebut berlangsung di Kementerian Kewangan.

Ditanya mengenai pertindihan dengan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) berhubung pembahagian kerusi, Muhyiddin memaklumkan ia akan diselesaikan.

“Perkara tersebut akan diselesaikan,” katanya ringkas.

Semalam media melaporkan, pembahagian bilangan kerusi pada PRN Johor diantara setiap parti komponen didalam Perikatan Nasional (PN) dijangka akan selesai selewat-lewatnya hari ini bagi menyelesaikan beberapa masalah. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI