fbpx

Polis nafi tidak siasat kemalangan libatkan anak bekas pengarah Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SERDANG – Polis menafikan tuduhan pihak tertentu yg mendakwa polis tidak menjalankan siasatan berhubung insiden kemalangan melibatkan anak kepada seorang bekas pengarah Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, siasatan berhubung kes ini telah dibuka selepas laporan diterima.

“Pihak polis telah mengesan satu ciapan yang tular di media sosial yang mendakwa pihak polis tidak menjalankan siasatan berhubung satu kejadian kemalangan jalan raya melibatkan anak kepada bekas Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman.

“Pihak polis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tidak berasas ini.

“Kuasa untuk menutup mana-mana siasatan bukan terletak di bawah bidang kuasa polis, dalam soal ini sangat mustahil sama sekali wujudnya campur tangan daripada mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Anbalagan, semua prosedur siasatan berhubung kes berkenaan telah dijalankan menurut peruntukan undang-undang sedia ada termasuk saringan air kencing dan ujian darah.

“Semua langkah-langkah dalam prosedur siasatan telah dilaksanakan sepenuhnya termasuk membuat ujian darah dan saringan air kencing.

“Keputusan saringan air kencing yang dibuat adalah negatif, sementara keputusan ujian toksikologi sampel darah masih belum diperolehi dari Jabatan Kimia Malaysia,” ujarnya.

Semalam, tular satu ciapan di media sosial mendakwa polis tidak menjalankan siasatan berhubung satu kes kemalangan jalan raya.

Menurut ciapan tersebut, tiada tindakan diambil kerana melibatkan anak bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI