PETALING JAYA – Sepasang pengantin baharu menerima pelbagai hadiah alat kelengkapan rumah daripada sekumpulan kawan mereka sehinggakan rata-rata orang ramai mahu mengikut untuk memberi hadiah begitu kepada kawan mereka.
Berdasarkan video berdurasi 27 saat dikongsikan di aplikasi Tiktok, @mfahmi, salah seorang kawan kepada pengantin baharu tersebut memberi penapis air dan membuat nota ‘sila sambung bayar.’
Sementara itu, sekumpulan kawan pengantin baharu tersebut ada juga memberi hadiah kelengkapan rumah seperti tong gas, pengukus serta dapur gas.
Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai terhibur dan ingin mengikut cara sekumpulan kawan tersebut untuk memberi hadiah kepada pengantin baharu.
“Baguslah mereka beri barang-barang macam ini. Ada manfaat untuk pengantin, dapat juga pengantin jimat duit,” jelas @Qaseh_ayana.
“Pahala berterusan mereka semua ni sebab kukuhkan rumah tangga kawan dia,” kata @Zhrhwng.
“Tolonglah saya kahwin nanti mahu hadiah macam ini,” ujar @s.sharah. – K! ONLINE