fbpx

Padah ajar tarian disko, Korea Utara tangkap guru tari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu kumpulan tarian mempersembahkan persembahan muzik dan tarian ketika sambutan ulang tahun kelahiran Kim Jong Il di Pyongyang pada 16 Februari 2021. – AFP

PYONGYANG – Pihak berkuasa Korea Utara dilaporkan menangkap seorang guru tari dan beberapa pelajar kerana didapati menari mengikut ‘gaya kapitalis’, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Guru tari di bandar Pyongsong itu dilaporkan menggunakan pemacu USB yang mengandungi lagu-lagu dan video tarian dari luar negara untuk mengajar muridnya.

Pemacu tersebut telah dirampas dan guru tari berkenaan turut ditangkap.

“Kumpulan Pemeriksaan Anti-Sosialisme telah menangkap seorang guru tari yang ketika itu mengajar tarian disko kepada sekumpulan pelajar mengikut irama negara luar.

“Kumpulan Pemeriksaan Anti-Sosialisme dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Keselamatan Negara dan pihak polis selama ini memburu penduduk Korea Utara yang menonton dan mengedarkan filem dari Korea Selatan dan luar negara,” kata seorang penduduk kepada Radio Free Asia.

Tambah sumber tersebut, guru wanita berkenaan mempunyai ijazah dalam bidang koreografi dari Universiti Seni Pyongsong. Dia ditugaskan untuk mengajar tarian di Sekolah Tinggi Okchon selain turut membuka sebuah akademi tarian persendirian.

“Para pelajarnya lebih berminat untuk menari seperti penduduk Korea Selatan, China dan Amerika Syarikat berbanding tarian gaya Korea Utara. Jadi, dia mengajar mereka (tarian luar),” kata sumber kedua. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI