fbpx

Mesir mula rancang lunaskan dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESIR gagal melunaskan hasrat mereka untuk meraih gelaran kelapan AFCON selepas tewas kepada Senegal menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi semalam. – AFP

YAOUNDE – Mesir mahu menjadikan kekecewaan tewas pada perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) sebagai penyuntik semangat menjelang playoff Piala Dunia 2022 menentang Senegal bulan depan.

Pada perlawanan akhir AFCON di Stadium Paul Biya awal pagi semalam, Mesir gagal untuk memenangi gelaran kelapan apabila tewas 2-4 kepada Senegal menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat seri tanpa jaringan sehingga masa tambahan.

Justeru, penolong jurulatih Mesir, Diaa al-Sayed menegaskan, pasukan itu sedia menebus kekalahan tersebut dengan menewaskan Senegal bulan depan seterusnya mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar.

Beliau mengakui bersimpati dengan kapten, Mohamed­ Salah yang dilihat sangat kecewa­ dengan kekalahan itu, lebih-lebih lagi dia langsung tidak berpeluang untuk mengambil sepakan penalti.

“Salah adalah pemain berkelas dunia dan sentiasa mahukan kemenangan. Dia sudah menang banyak kejohanan di pentas Eropah, jadi sudah tentu­ dia mahu memenangi sesuatu bersama negaranya.

“Kami mahu layak ke Piala Dunia bersama Salah. Dia sama seperti kapten pasukan-pasukan lain yang sentiasa kecewa jika mereka gagal membantu rakan sepasukan mencatat kemenangan,” katanya.

Sementara itu, penjaga gol The Pharaohs, Mohamed Abou Gabal yakin mereka tidak akan bersedih terlalu lama kerana percaya pemain-pemain Mesir mampu bangkit dengan aksi lebih baik selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI