fbpx

MBSA terima 694 permohonan lot Bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima sebanyak 694 permohonan lot Bazar Ramadan daripada peniaga setakat ini bagi 33 tapak yang disediakan tahun ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, permohonan secara online itu diterima pihaknya sepanjang tempoh sehingga 31 Januari lalu.

Katanya, permohonan bagi pengeluaran permit bazar sehingga 16 Februari depan selepas dibuka 17 Januari lalu menerusi laman sesawang eBazar MBSA iaitu https://bazar.mbsa.gov.my.

“Orang ramai perlu mengisi borang permohonan itu dan memuat naik salinan dokumen lengkap sebelum proses pendaftaran dilaksanakan atau menghubungi Jabatan Pelesenan MBSA di talian 03-55105133 sambungan 1700/1762/1486/1699/1317/1366,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! pada 10 Januari lalu melaporkan permohonan bazar Ramadan di 33 lokasi tapak dibawah pentadbiran MBSA dibuka selama sebulan dengan kadar bayaran permit adalah dibahagikan mengikut kategori jualan iaitu minuman balang dan makanan sebanyak RM207.

Bagi makanan bergoreng, air kelapa dan tebu dan jualan berbakar, bayaran permit adalah RM237 manakala ayam golek pula RM297. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI