fbpx

‘Maut rempuh kerbau, tak sempat beli sarapan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal Honda EX5 dinaiki Ilyas yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 5 Jalan Kuala Berang-Tanggol berhampiran Kampung Pulau Kudat, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Akibat merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan, seorang lelaki warga emas maut di Kilometer 5 Jalan Kuala Berang- Tanggol berhampiran Kampung Pulau Kudat, di sini semalam.

Mangsa, Ilias Awang, 76, meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada pukul 9.06 malam tadi selepas hampir 13 jam terlibat dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, lelaki warga emas yang cedera parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan mengalami kemalangan tersebut pada pukul 8.15 pagi.

Beliau berkata, sewaktu kejadian, Ilyas yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan ke sebuah kedai makan untuk membeli sarapan dari rumahnya di Kampung Kuala Kejir, Kuala Berang di sini.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mangsa dipercayai gagal mengelak seekor kerbau yang secara tiba-tiba melintas jalan.

“Mangsa yang cedera parah telah dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu di sini sebelum dipindahkan ke HSNZ.

“Bagaimanapun, lelaki warga emas yang kritikal itu menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI