fbpx

[VIDEO] Kelibat gajah ‘hantui’ penduduk PPNJ, Kluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelibat seekor gajah yang berjaya dirakam penduduk di PPNJ, Kahang, Kluang awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Kelibat seekor gajah dikesan berkeliaran sekitar kawasan kediaman Perbadanan Perumahan Negeri Johor (PPNJ), Kahang, Kluang, Johor awal pagi tadi.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Aku Budak Kluang, haiwan tersebut dikesan memasuki kawasan perumahan itu pada waktu malam dan kejadian itu adalah kali keenam berturut-turut.

“Kejadian hari keenam berturut-turut kehadiran gajah di kawasan perumahan PPNJ, Kahang,” tulisnya.

Menerusi gambar dan video yang dikongsi di laman Facebook terbabit, kelihatan haiwan itu lapar dan sedang menyelongkar beberapa timbunan sampah untuk mencari makanan.

Selain itu, haiwan tersebut dilihat merosakkan beberapa barangan milik penduduk termasuk tong sampah, pasu bunga dan motosikal.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 1 pagi tadi.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen meminta penduduk di kawasan sekitar agar sentiasa berhati-hati dengan haiwan terbabit dan meminta pihak bertanggungjawab menangkap segera gajah itu.

“Malam-malam tak tidur gara-gara gajah datang depan pintu,” tulis Norita Kamdan.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Azan Bachik.

“Hati-hati penduduk sekitar, laporkan segera kepada pihak berkuasa agar haiwan tersebut segera ditangkap. Kelihatan haiwan itu sedang lapar dan mungkin sesat dari kumpulannya,” ujar Azan Bachik. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI