fbpx

Kaut lebih RM700,000 anjur judi dalam kebun sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meng Seah menunjukkan gambar sembilan suspek yang ditahan berjudi di dalam kebun sawit di Kampung Man Lok, Melaka, kelmarin

MELAKA – Lapan lelaki dan seorang wanita diberkas ketika leka berjudi di dalam kebun sawit pada waktu malam, di Kampung Man Lok Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 9.30 malam itu, turut rampas adalah wang tunai berjumlah RM104,578 dipercayai hasil aktiviti judi Pai Kow tersebut.

Ketua JSJ negeri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, hasil risikan kesemua suspek berusia antara 29 hingga 66 tahun itu berjaya ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kontinjen Melaka.

“Sempena Ops Tahun Baharu Cina/Dadu, pasukan JSJ telah membuat serbuan di sebuah kebun sawit di Kampung Man Lok dan berjaya menahan sembilan individu yang leka berjudi.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kita turut merampas wang tunai sebanyak RM104,578,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini, hari ini.

Tambahnya, kegiatan itu dianjurkan seorang lelaki berusia 40 tahun yang merupakan pengusaha kebun tersebut, manakala penaruh yang terlibat merupakan kenalan komuniti di situ.

“Hasil soal siasat suspek mengakui telah menganjurkan kegiatan itu sejak seminggu lalu dengan hasil wang taruhan mencecah lebih RM100,000 sehari.

“Setiap peserta akan meletakkan wang taruhan minimum RM2,000 sehingga lebih RM30,000,” katanya.

Ujarnya, aktiviti tersebut dilakukan bermula pukul 6 petang sehingga 12 tengah malam dengan bekalan elektrik turut dicuri suspek daripada sebuah tokong berhampiran.

Mengulas lanjut mengenai Ops Dadu, beliau memberitahu sepanjang operasi bermula 25 Januari lalu sehingga hari ini, seramai 17 individu berusia 25 hingga 67 tahun telah ditahan.

“Rampasan keseluruhan wang tunai adalah sebanyak RM108,610 dan sembilan suspek yang diberkas kelmarin direman sehingga Khamis ini.

“Kesemua individu terlibat disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI