fbpx

Kangana Ranaut enggan jawab soalan kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANGANA RANAUT

PELAKON senior Kangana Ranaut berang apabila diaju soalan tentang kontroversi yang pernah melanda antara dirinya dengan pelakon Deepika Padukone.

Dalam satu sesi soal jawab bersama media sempena pelancaran program realiti terbaharu berjudul Lock Upp, baru-baru ini, Kangana yang juga penga­cara program

tersebut telah dianggap memalukan Deepika apabila mengkritik pakaian yang dipakai aktres itu dalam filem Gehraiyaan.

“Apa perasaan anda apabila dikatakan telah bertindak memalukan Deepika. Anda mengkritik pakaiannya dalam Gehraiyaan,” soal seorang wartawan.

Enggan menjawab pertanyaan itu, Kangana berkata, Deepika sepatutnya mempunyai hak untuk mempertahankan diri sendiri selepas dikritik olehnya.

“Saya tidak perlu menjawab soalan tersebut kerana Deepika mempunyai hak dan platform sendiri untuk mempertahankan diri. Sila duduk,” kata Kangana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI