fbpx

Hujan lebat berterusan di empat negeri hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di Negeri Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak diingatkan sentiasa berwaspada khususnya yang berada di kawasan rendah ekoran amaran hujan lebat berterusan.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya di laman YouTube berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku sepanjang hari ini.

“Ia melibatkan bahagian selatan negeri Terengganu, Pahang dan beberapa daerah sekitar timur negeri Johor.

“Di Sabah, cuaca dilihat cerah dikebanyakan bahagian dengan hujan renyai yang hanya berlaku di pesisir pantai Sandakan manakala di Sarawak hujan lebat yang berlaku di Mukah dan Bintulu dijangka akan reda tengah hari nanti,” katanya.

Sementara itu, sebelah barat Semenanjung pula dijangka akan menerima ribut petir dan hujan lebat bermula lewat petang ini dan awal malam di sekitar negeri Perak, Lembah Klang dan Negeri Sembilan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI