fbpx

Datuk Bandar Ottawa isytihar darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNJUK perasaan meletakkan treler mereka di sebatang jalan di Ottawa pada 5 Januari lalu. - AFP

OTTAWA – Protes pemandu lori dan treler yang berlangsung di ibu negara Kanada kini menjadi ‘tidak terkawal’ kata Datuk Bandar Ottawa, Jim Watson kelmarin ketika beliau mengumumkan perintah darurat berikutan kota metropolitan tersebut terus disekat oleh kumpulan penentang langkah-langkan sekatan Covid-19.

Penunjuk perasaan bertindak meletakkan lori dan treler sesuka hati di tengah jalan-jalan raya dan mendirikan khemah serta pondok sementara dalam tindakan yang menyebabkan Ottawa lumpuh serta menimbulkan kemarahan ramai warga kota.

Tunjuk perasaan di ibu kota Kanada itu bermula pada 29 Januari lepas.

Watson berkata, beliau mengumumkan perintah darurat berikutan demonstrasi tersebut mendatangkan bahaya serius dan mengancam keselamatan warga kota. 

Terdahulu kelmarin, Watson menyifatkan situasi di Ottawa sebagai ‘langsung tidak terkawal’ dan menambah, bilangan penunjuk perasaan kini jauh lebih ramai daripada bilangan anggota polis yang ada di bandar raya itu.

“Jelas kita kalah dalam pertarungan ini kerana bilangan mereka (penunjuk perasaan) jauh lebih ramai. Ini perlu diubah. Kita  perlu  mendapatkan semula bandar kita,” katanya kepada stesen radio tempatan, CFRA.

Beliau menyifatkan pemandu lori dan treler itu tidak sensitif kerana berterusan membunyikan hon dan membakar bunga api.

Demonstrasi besar-besaran itu bermula sebagai bantahan oleh kumpulan pemandu treler yang marah terhadap peraturan mewajibkan mereka mendapatkan suntikan vaksin sebelum dibenarkan melintasi sempadan Kanada-Amerika Syarikat. Ia kemudian berubah kepada bantahan lebih meluas terhadap sekatan kesihatan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri  Justin Trudeau.

Penduduk tempatan pula mengadu bunyi bising hon dan mereka kerap diganggu atau disekat oleh kumpulan penunjuk perasaan yang berkampung di bandar raya itu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI