fbpx

Calon FSM ungguli pemilihan MPP UPSI sesi 2021/2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Amin sedang membuka sistem unidan dalam talian pada Ahad lalu.

TANJUNG MALIM – Pemilihan barisan kepemimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyaksikan kerusi umum didominasi calon dari Fakulti Sains dan Matematik (FSM).

Proses pemilihan secara dalam talian itu menyaksikan 28 kerusi dipertandingkan untuk calon-calon berketerampilan mewakili lebih 20,000 mahasiswa.

Mendahului kemenangan kerusi calon umum ialah Mohd. Izzat Shamsudin dari FSM meraih 8,870 undi, Nor Ain Syazwani Suzilan (FSM, 8,640), Amir Izwan Mat Hussain (Fakulti Bahasa dan Komunikasi, 8138) dan Muhammad Sobirin Jailani (Fakulti Sains Kemanusiaan, 7,073).

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff dalam satu kenyataan berharap calon yang berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai suara pada semua mahasiswa dalam membela kebajikan mereka.

“Saya mengalu-alukan idea dan pandangan barisan kepemimpinan MPP demi melonjakkan nama dan memajukan UPSI pada persada pendidikan negara dan antarabangsa,” katanya.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr. Norkhalid Salimin berkata, pemilihan terpaksa diadakan secara dalam talian kerana tidak semua pelajar berada di kampus berikutan situasi pandemik.

Katanya, seramai 42 calon bertanding membabitkan 10 calon merebut kerusi umum, kerusi fakulti (28) dan kerusi etnik (4).

“Undian bersemuka tidak dapat dilaksanakan untuk menggantikan barisan MPP dengan barisan kepemimpinan baharu bagi menggerakkan aktiviti.

“Kita bimbang berlaku penularan dan memilih undian dijalankan secara dalam talian sepenuhnya selepas semua kempen menerusi media sosial berakhir hari ini.

“Sebelum berlaku kes jangkitan semasa pengundian bersemuka diadakan di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah dan Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI