fbpx

Buat penggambaran kahwin ‘underwater’ kerana mahu kelainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang wanita lengkap berpakaian pengantin bergambar di dalam laut.

PETALING JAYA – Setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin merakam detik-detik indah sebagai raja sehari agar dapat dijadikan kenangan pada masa hadapan.

Ada yang sanggup mengeluarkan modal yang tinggi bagi mendapatkan juru gambar yang berkualiti lebih-lebih lagi melibatkan penggambaran ‘outdoor’ (luar).

Menerusi perkongsian satu klip video di laman sosial Eyra Fadz, memaparkan sebuah sesi penggambaran perkahwinan yang dilakukan dalam laut, namun lokasi sebenar tidak dapat dipastikan.

Menurut Eyra, dia melakukan penggambaran itu kerana inginkan kelainan serta mencuba sesuatu yang baharu.

Bagaimanapun, keadaan air yang agak keruh menyebabkan kualiti gambar-gambar yang ditangkap tidak menepati cita rasa dan kurang daripada dijangkaannya.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai memuji usaha wanita tersebut walaupun terdapat segelintir yang mempersoalkan tindakannya.

“Biasalah tu ‘try and error’ dan tidak salah cuba benda baharu. Gambar tu hanya perlu edit dan letak ‘effects’ sebab air tu kosong takda hidupan,” kata sober.

“Walaupun korang semua mengutuk tapi aku kagum dengan keberanian akak ni sebab bukan semua orang mampu buat,” ujar Salty Spades pula.

“Takpe kak, saya tahu susahnya dalam air macam mana, kalau aku pun dah lama lemas dalam tu,” seloroh Yoladecha. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI