fbpx

Belum ada bayang pelumba negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZLAN (berdiri, empat dari kiri) tekad mencari penamat terbaik buat pasukannya sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Yamaha.

IMPIAN untuk meletakkan pelumba Malaysia dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sentiasa berada dalam diari prinsipal pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP, Datuk Razlan Razali sejak memulakan penglibatannya dalam perlumbaan berprestij dunia tersebut.

Bagaimanapun, Razlan menegaskan, beliau ketika ini tidak nampak bayangan pelumba tanah air yang berpotensi untuk menyertai pa­sukannya pada masa akan datang.

Katanya, hal itu kerana tahun ini tiada seorang wakil pelumba negara berada dalam grid perlumbaan MotoGP sama ada kategori Moto3 mahupun Moto2, sekali gus menyukarkan beliau untuk menilai pelumba terbaik untuk diangkat dalam kelas utama MotoGP.

Malaysia sebelum ini mempunyai wakil menerusi Hafizh Syahrin Abdullah dalam saingan Moto2 pada tahun lepas, namun pelumba berusia 27 tahun tersebut beralih arah dengan menyertai Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan Mie Racing Honda untuk musim 2022.

“Jika ada pelumba Malaysia yang berpotensi dan berbakat, sudah tentu kita akan fikirkan dan ambil untuk menyertai pasukan RNF.

“Ketika ini, saya tidak nampak dalam masa terdekat kita ada pelumba, bukan sahaja MotoGP, malah saingan Moto2 dan Moto3 pun saya tidak nampak,” katanya yang kini berada di Litar Mandalika, Indonesia untuk meneruskan aksi pramusim pada hujung minggu ini.

Ketika ini, harapan untuk melihat pelumba Malaysia di pentas dunia terarah kepada pelumba muda negara yang bakal beraksi pada Kejuaraan Motosikal Eropah CEV 2022.

Antara pelumba muda negara beraksi pada CEV ialah Syarifuddin Azman, Danial Syahmi Ahmad Shahril (Moto3). Hakim Danish Ramli pula akan membuat penampilan penuh di CEV European Talent Cup (ETC) selepas cemerlang dalam saingan Asia Talent Cup (ATC) musim lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI