fbpx

Banglo mewah 5 tingkat suami kini milik Shilpa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILPA SHETTY

PELAKON jelita Shilpa Shetty kini menjadi pemilik sah sebuah bunglo mewah lima tingkat selepas suaminya, Raj Kundra menukar milik kediaman tersebut ke atas namanya dengan nilai sebanyak 385 juta rupee atau lebih daripada RM21.5 juta.

Menurut laporan India Today, perkara itu disahkan sendiri seorang ejen hartanah, Varun Singh apabila memberitahu Raj te­lah memindah milik kediaman mewah lima tingkat yang terletak di Juhu, Mumbai di India atas nama Shilpa.

“Sebuah kediaman mewah lima tingkat milik Raj telah pun ditukar milik kepada isterinya, Shilpa,” kata Varun.

Pertukaran dibuat selepas Raj yang sebelum ini ditahan atas kesalahan terlibat dengan kegiatan pornografi sebelum dibebaskan tahun lalu atas jaminan polis.

Dalam perkembangan lain, Shilpa, 46 tahun itu kini terlibat sebagai juri dalam program India’s Got Talent bersama barisan juri lain seperti Badshah, Kirron Kher dan Manoj Muntashir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI