fbpx

‘Aksi murid istimewa jawab ‘exam’ curi perhatian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gelagat murid-murid yang menghidap disleksia dan ADHD menjawab peperiksaan.

PETALING JAYA – Setiap murid di sekolah pasti melalui pelbagai peperiksaan bagi menentukan kedudukan mereka di dalam kelas.

Keadaan ketika peperiksaan juga seringkali didapati agak tegang dan senyap supaya murid-murid dapat memberikan fokus ketika menjawab.

Namun, keadaan sebaliknya dirakamkan menerusi laman sosial Meekering memaparkan gelagat murid-murid yang menghidapi disleksia dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) sewaktu mengambil peperiksaan.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 14 saat itu, kelihatan murid yang memakai kaca mata hitam dan ada yang sampai meniarap di bawah meja.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata gelagat murid-murid itu berjaya mencuri tumpuan dan mencuit hati orang ramai.”

“Subhanallah, anak-anak syurga, comel dan semoga berjaya sayang-sayang sekalian,” kata Adwiyah.

“Ceria je mereka, seronok dapat berkumpul dengan kawan-kawan. Penghibur hati,” ujar Chesom.

Sementara itu, seorang pengguna dikenali sebagai Tehah turut memuji dan mendoakan para guru kerana mendidik kanak-kanak istimewa.

“Terima kasih kerana menjadi seorang guru kepada anak istimewa, didoakan agar semua guru sentiasa dirahmati Allah,” katanya. – KONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI