fbpx

Ada sejarah bisul pun tetap cuba kait dengan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamshah (kiri, atas) ketika menjadi perantara sesi libat urus bersama media berkaitan PICKids dan AEFI secara maya hari ini. – FOTO: IHSAN KEMENTERIAN KESIHATAN

PUTRAJAYA – Mereka yang tiada latar belakang bidang perubatan diminta agar tidak cuba mensensasikan sesuatu perkara yang tidak pasti sehingga mencetuskan kegusaran awam.

Itulah nasihat Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hishamshah Mohd. Ibrahim merujuk isu kesan suntikan vaksin Covid-19.

Dalam nada nasihat, beliau dengan merendah diri memohon masyarakat tidak menyebarkan cerita yang tidak sahih konon imunisasi dos penggalak menjejaskan kesihatan penerimanya.

“Ada kisah tular dalam media sosial, canang dia dapat bisul selepas disuntik, tetapi apabila kita periksa balik, rupa-rupanya memang pun ada sejarah bisul sejak dulu lagi,” katanya.

Terdahulu, beliau menjadi perantara dalam sesi libat urus media dengan lima panel berkaitan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) secara atas talian hari ini.

Diskusi itu juga menjelaskan isu Kesan Buruk Susulan Imunisasi (AEFI) yang disampaikan oleh Pengarah Agensi Regulatori Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA), Dr. Roshayati Mohd. Sani.

PICKids dilancarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur pada Khamis lalu melibatkan golongan berusia lebih lima tahun hingga bawah 11 tahun.

Mengulas lanjut, Hishamshah berkata, sikap segelintir warganet kecoh memperbesarkan kes AEFI belum pasti, memang diakui menjejaskan usaha kementerian itu menjayakan imunisasi.

“Kita amat teliti semak jika ada kes kematian disebabkan vaksin dan tiada apa hendak disorok malah semua data kes Covid-19 selama ini memang telus bagi rujukan masyarakat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI