fbpx

5,421 kes sembuh, 17 kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 5,421 kes sembuh dicatatkan hari ini, dengan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,824,071 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama, sebanyak 153  kes daripada 13,944 kes harian yang dilaporkan melibatkan jangkitan import dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 2,939,198 kes.

“Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 73 kes (0.5 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 13,871 kes (99.5 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 17 kluster baharu dikenal pasti dengan jumlah kluster tamat sebanyak 6,151 kluster serta 375 kluster aktif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, terdapat 138 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 71 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI